Oleh : Muhammad Khairulanwar Ali Rahman / Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam Sukan Pantai Asia Ke-6
SANYA, REPUBLIK RAKYAT CHINA, Ahad, 26 April. – Atlet Teqball Negara Brunei Darussalam yang diwakili oleh Awang Ismail Ang dan Awang Mohammad Hanis Hidayatullah bin Abdullah terlepas peluang untuk mara ke peringkat suku akhir dalam acara Men's Double Teqball.
Berangkat menyaksikan acara tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Pada perlawanan pertama yang diadakan di Sanya Bay Yuhai Club, Negara Brunei Darussalam tewas 2-0 kepada Iraq dan perlawanan kedua menyaksikan Pasukan Teqball NBD kalah 2-0 kepada Korea Utara selepas beraksi selama 21 minit.
Meskipun tidak mara ke peringkat suku akhir, Pasukan NBD tetap memberikan saingan kepada pihak lawan sehingga ke saat akhir pertandingan.